Monday, September 19, 2011

Seronok tengok member buat assigment heheh...

Hari ni seronok tengok member sebelah buat assigment...nampak berkerut je muka dia. Macam istilah baru yang baru dengar dia cakap..telesasi la polihedron la. memang kelakar la. Dia tanya lak kat kita yang lama x ngadap buku tentang benda2 camtu memang x paham apa la. At last kita lak kena study balik nak tolong dia bagi idea sikit2. Memang susah sambil kerja study ni. kena bagi masa dengan betul supaya kerja x terabai n study x kantoi.. bawak2 la bersabor

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah syukur kepada dapat mengatasi ujian Allah setelah sebulan berpuasa akhirnya kita sama-sama menyambut hari raya. Seronok dapat bersama semua kaum keluarga yang tercinta. Tahun ini agak meriah kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul di kampung. Tenang sungguh rasanya melihat ibu dan ayah asyik tersenyum melihat keletah cucu-cucunya.
Tahun ini juga diadakan majlis sambutan hari raya untuk penduduk2 kampung bagi menghargai warga-warga emas yang telah banyak menabur jasa untuk penduduk kampung. Sememangnya meriah dengan seekor lembu di korbankan, penduduk bergotong royang hingga dari malam hingga ke pagi.
Berbagai bagai acara dilangsungkan untuk semua peringkat umur. untuk golongan muda diadakan pertandingan badminton. Tapi apa boleh buat masa tidak mengizinkan untuk saya turut serta.