Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah syukur kepada dapat mengatasi ujian Allah setelah sebulan berpuasa akhirnya kita sama-sama menyambut hari raya. Seronok dapat bersama semua kaum keluarga yang tercinta. Tahun ini agak meriah kerana semua ahli keluarga dapat berkumpul di kampung. Tenang sungguh rasanya melihat ibu dan ayah asyik tersenyum melihat keletah cucu-cucunya.
Tahun ini juga diadakan majlis sambutan hari raya untuk penduduk2 kampung bagi menghargai warga-warga emas yang telah banyak menabur jasa untuk penduduk kampung. Sememangnya meriah dengan seekor lembu di korbankan, penduduk bergotong royang hingga dari malam hingga ke pagi.
Berbagai bagai acara dilangsungkan untuk semua peringkat umur. untuk golongan muda diadakan pertandingan badminton. Tapi apa boleh buat masa tidak mengizinkan untuk saya turut serta.

No comments:

Post a Comment